Disediakan oleh: MFARHAN MURTZA
Palestin adalah bumi kepada
Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra' dan Mi'raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa
dan daerah yang dimuliakan Allah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar
kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini –
Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.
Jihad wajib dilancarkan kepada
mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah,
mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan
memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu
dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam.
Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan,
kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu
menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam
iman kepada Shari'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan
dan harapan. Seperti yang difirmankan oleh ALlah: "Sungguh, inilah agama
kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92). Allah swt juga berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara." (Qur'an,
49:10). Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: "Orang Islam
bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh
membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh
menghinakannya." [Riwayat Muslim].
Hari ini kita melihat saudara dan
anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan
jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa
jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).
Sekiranya seseorang meminta
bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka
adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal,
dirham... dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan
akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan
anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak
membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan
mereka beerti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan
mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka
semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada
saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh.
Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi
tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai
kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.
Barangan Amerika, sepertimana
barangan "Israel" adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan
barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu
sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika.
Semua pemusnahan yang dilakukan "Israel" adalah dengan menggunakan
duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun
melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan
dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.
Kini tibalah masanya untuk umat
Islam mengatakan "TIDAK" kepada Amerika, "TIDAK" kepada
syarikat-syarikatnya, dan "TIDAK" kepada barangannya yang membanjiri
pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk
Amerika.
Kita semua mesti bersatu
menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman
kepada Sharia'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan
harapan. Allah swt berfirman: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang
satu." (Qur'an, 21:92).
'Ali ra. pernah berkata:
"Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan
kamu". Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita;
mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia
yang mencecah 1.3bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan
syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita,
dan merupakan jalan ALlah. Setiap orang Islam yang membeli barangan
"Israel" atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara
lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas,
merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang akan mengundang hukuman
ALlah dan kebencian manusia.
Saudara-saudara kita di
"Israel" dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli
produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang
kita mampu.
Allah berfirman: "Maka
bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu" (Qur'an, 64:16).
RasuluLlah saw. pernah bersabda:
"Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu
mampu." Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang
paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot
syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.
Arab dan dunia Islam lain mesti
memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong
Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks &
Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara
"Israel." Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan
di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah
menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka;
hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para
sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat
negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari
penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan
masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang
berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak
dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita
menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya
mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus,
InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat
Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka
menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan
merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and
kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita,
yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh
kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan
lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya', dan
menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini
menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka
sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah
merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang
Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman:
"Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu."
Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang
besar.

Sekiranya seorang pengguna
membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat,
sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka
dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut
beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka
hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan
kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan
kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka.
Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima
perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.
Allah berfirman: "Maka
janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan
ALlah bersama kamu." [Qur'an, 47:35].
Saya menyeru semua yang beriman
kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di
dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan,
dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang
lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang
suci.

"Katakan 'bekerjalah,'
sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang
beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu
akan tahu apa yang kamu telah kerjakan."
"Pandangan ini adalah
berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma' umat
Islam." Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment