19/07/2011 – Kanak-kanak Palestin akan mencatat rekod dunia buat kali ketiga tahun ini. Kali ini mereka akan membuat lukisan ‘hand- print’ terbesar di dunia. Acara ini adalah antara aktiviti yang dirancang oleh UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees) dan akan berlansung pada pukul 5 petang, khamis ini di Stadium Khan Younis. Antara tujuan acara ini diadakan adalah untuk membina keyakinan diri kanak-kanak Palestin.
Sumber :http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=406520
20/07/2011–15 aktivis yang menyertai Flotella II, yang telah dirampas kapal mereka, akan dihantar pulang ke negara masing-masing. 11 aktivis adalah warganegara Perancis, seorang warganegara Kanada ,seorang warganegara Sweden dan seorang lagi warganegara Greece. Sumber adalah dari jurucakap Pihak Imegresin Israel.
Sumber :http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=406824
21/07/2011 – Menteri Israel berkata, mereka tidak akan bertanggungjawab untuk 9 aktivis yang terbunuh Mei tahun lalu dalam serangan pasukan Komando mereka keatas Kapal Flotilla. Ini adalah respon Israel selepasTurki memberikan syarat agar Israel meminta maaf kepada Turkei dan keluarga mangsa untuk menyambung kembali hubungan kedua negara.
Sumber :http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=407367
22/07/2011 – Britain menghantar 4 tan ubat-ubatan ke Gaza manakala New Zealand turut menyumbang 100 tan daging ke sana. Bantuan dari Britain itu telah sampai di Pelabuhan Iskandariah, Mesir dan akan di bawa masuk ke Gaza melalui pintu Rafah. Terdapat juga 35 katil hydrolic serta peralatan electrocardiogram.
Sumber :http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=407494
23/07/2011 – Krisis perumahan di Gaza tidak akan selesai dalam masa terdekat menurut PBB bahagian Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan(OCHA). Israel membuat sekatan untuk bahan binaan masuk ke Gaza dengan alasan, kemungkinan bahan-bahan binaan tersebut dapat membantu bagi tujuan ketenteraan oleh kerajaan Hamas. Semenjak Jun 2010, hanya 4% daripada USD660 million bantuan yang sampai ke Gaza untuk tujuan pembinaan semula rumah dan sekolah di Gaza.
Sumber : http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=407332
24/07/2011 - Satu delegasi berprofil tinggi, terdiri daripada ahli parlimen Eropah di jadualkan akan tiba pada hariAhad ini di Semenanjung Gaza melalui lintasan Rafahdi sempadan Mesir. Majlis Perhubungan Eropah Palestin berkata dalam satu kenyataan bahawa tujuan ahli Parlimen Eropah melawat Gaza untuk meningkatkan kesedaran situasi kemanusiaan.
Sumber : http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=407881
Dari risalah kali ini, terbukti secara jelas yang penduduk Palestin tidak memerlukan bantukan dari seluruh dunia. Tanpa bantukan kita mereka masih boleh menjalani hidup normal, Kanak-kanak mereka boleh mencipta rekod dunia. Belas kasihan yang kita tunjukkan kepada mereka bukanlah menjadi tangihan mereka, tapi mereka hanya memerlukan bantukan kita untuk menumbangkan musuh Islam, bukan musuh peribadi turun temurun mereka. Sedarlah, jihad kita hanya kerana Islam dan Allah.
Disediakan oleh :
The Cerebro
Al Aqsa dihati :
Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi
Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”
Thursday, 28 July 2011
Monday, 18 July 2011
Palestin Hari Ini
Isnin, 11/07/2011 - Hebat sekali Zionis berhasil melobi pemerintah Inggeris untuk menangkap Syeikh Ra’id Solah, pejuang perdamaian Palestin,yg mendarat di London minggu lalu. Penangkapan itu menjadi penyubur cinta kepada Sang Syeikh di kalangan masyarakat dunia yang memandang Zionis sebagai tirani zalim
Ribuan orang di Nashariyah @ Nazareth kemarin turun ke jalan menuntut dibebaskannya ulama sederhana itu. Lelaki, perempuan, tua, muda, bahkan anak-anak meneriakkan,membawa poster dan spanduk bertuliskan, “Kami semua Ra’id Solah.”
Tahun lepas ketika bersama-sama berada di atas kapal Mavi Marmara, Syeikh Ra’id Solah menyatakan bahawa perjuangan yang dilakukannya tidak menggunakan senjata. Oleh sebab itu penyokongnya di Barat, Syeikh Ra’id disebut sebagai “Mahatma Gandhi Palestin”, kerana perjuangannya yang tanpa kekerasan itu.
Syeikh Ra’id Salah juga dikenal sebagai “Syeikhul Aqsha” kerana berkali-kali dipenjara oleh penjajah Zionis tanpa kenal lelah dan takut meluaskan pelbagai fakta kejahatan ‘Israel’ atas Masjidil Aqsha dan umat Islam di sekitarnya.
Diantaranya beliau memperjuangkan diajarkannya kembali pendidikan bahasa Arab fushah di kalangan anak-anak Palestin yang selama puluhan tahun berusaha dirosakkan oleh penjajah Zionis. Bahasa Arab fushah merujuk tata bahasanya kepada tata bahasa Al-Quran.
Khamis, 14/07/2011 - Kementerian di Gaza yang diwujudkan oleh pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) serta perkhidmatan penjara bertanggungjawab sepenuhnya ke atas 1500 tahanan Palestin di penjara padang pasir Negev selepas 25 orang daripada mereka menjadi mangsa keracunan makanan.
Riyadh Al-Ashqar, jurucakap kementerian itu, berkata dalam satu kenyataan pada hari Selasa bahawa hampir keseluruhan banduan bergantung kepada kantin penjara untuk keperluan makanan mereka serta keperluan lain.
Beliau berkata bahawa pentadbiran penjara mengeksploitasi pergantungan banduan di kantin dengan meletak dua kali ganda harga dan menghidangkan makanan yang tidak elok dan kadang-kadang busuk kepada mereka.
Khamis, 14/07/2011 - Mursyidul ‘Am Jamaah Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr. Muhammad Badi, telah menerima delegasi kerajaan Palestin pimpinan perdana menteri Ismail Haniyah. Delegasi Palestin diwakili oleh Dr. Muhammad Askul (setiausaha dewan menteri) dan Dr. Yusuf Rizqa (penasihat politik PM Ismail Haniyah).
Syaikh Badi menegaskan urgensi isu Palestin bagi Mesir secara umum dan bagi Ikhwanul Muslimin secara khusus. Dia menegaskan perlunya kedua gerakan Hamas dan Fatah segera menyelesaikan pakatan antara mereka demi untuk merealisasikan kemaslahatan rakyat Palestin. Delegasi Palestin turut mengucapkan tahniah kepada Ikhwan kerana berjaya menubuhkan parti politik yang diharapkan akan memperjuangkan rakyat Mesir.
Jumaat, 15/07/2011 - Tentera rejim Zionis (IOF) pada pagi Selasa lalu telah memusnahkan 6 telaga air milik para petani Palestin di Kampung Nasariya yang terletak di Lembah Jordan dengan alasan kononnya telaga-telaga itu dibina di Kawasan C yang termasuk dalam wilayah Tebing Barat, yang mana menurut perjanjian Oslo, ia termasuk di bawah kawasan pentadbiran kerajaan haram rejim Zionis.
Sumber-sumber tempatan berkata bahawa dengan memusnahkan telaga-telaga air tersebut bermakna memusnahkan ladang-ladang pertanian di kawasan itu sedangkan kampung terbabit merupakan “bakul makanan” bagi seluruh wilayah itu.
Mohammed Obaid, seorang aktivis social yang tinggal di kampung terbabit memaklumkan wartawan Pusat Informasi Palestin bahawa sejak pendudukan haram rejim Zionis ke atas Tebing Barat pada tahun 1967, rejim itu sentiasa mensasarkan sumber air di bahagian timur dan 133 telaga air yang terdapat di wilayah tersebut.
Selasa, 19/07/2011 - Tuntutan ikat jamin Sheikh Raed Salah akan didengar di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat 15 Julai 10.30 pagi.Satu protes akan dijalankan di luar Mahkamah Keadilan Diraja di the Strand, London WC2A 2LL pada 10 pagi.Protes tersebut menyeru pembebasan Sheikh Raed yang ditahan di HMP Bedford, meski tekanan politik semakin meningkat ke atas Setiausaha Theresa May.
Sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah melindungi saudara kita di Palestin dari seksaan tentera Zionis dan meningkatkan semangat mereka untuk terus kekal dengan agama Islam walaupun berbagai dugaan menimpa mereka. Insyaallah.
Sumber :
http://sahabatalaqsha.com/nws/?p=6084
http://palestinkini.info/

Labels:
artikel
Thursday, 14 July 2011
Umat Islam Menanti Saat Keruntuhan Masjid Al Aqsa?
Mengikut sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud ‘Masjid Paling Jauh’, terletak di Baitulmaqdis atau ‘Jerusalem’ bagi orang Yahudi. Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.
Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj. ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis. Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.
Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya. Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.
Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M. Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.
Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman. Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.
Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya. Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984. Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis). Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman.
Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi. Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu. Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama. Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid. Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.
Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa. Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis. Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.
Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut. Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam. Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel. Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.
Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi. Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif. Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis.
Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967. Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi. Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat. Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad. Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan.
Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid. Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.
Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam. Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya. Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid. “Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan. Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.
Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat. Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel. Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu. Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera. JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein. Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.
Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”
Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.
Labels:
artikel
Subscribe to:
Comments (Atom)