Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Sunday, 5 June 2011

Kisah Duka Pelajar Perempuan Palestin...

Ini adalah kisah tentang seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah perempuan di Palestin. Hari itu dewan sekolah ada perhimpunan seperti biasanya. Di antara keputusan dan arahan yang dikeluarkan semasa perhimpunan ini adalah pemeriksaan mendadak bagi pelajar perempuan di dalam pakaian . Dan benar, dibentuklah pasukan khusus untuk melakukan pemeriksaan dan mulai membuat pemeriksaan. Pemeriksaan dilakukan terhadap segala hal yang dilarang masuk di kawasan sekolah seperti hand phone berkamera, foto-foto, gambar-gambar dan surat-surat cinta serta yang lainnya.

Suasana pada masa itu nampak normal dan terkawal, keadaannya sangat tenang. Pelajar perempuan menerima perintah ini dengan senang hati. Mulailah pengawas pemeriksa memeriksa semua ruangan dan pakaian dengan penuh percaya diri.

Keluar dari satu ruangan masuk ke ruangan lainnya. Membuka beg-beg para pelajar di depan mereka. Semua beg kosong kecuali berisi buku-buku, pena dan peralatan diperlukan semasa kelas lainnya.

Hingga akhirnya pemeriksaan selesai di seluruh ruangan kecuali satu ruangan. Di situlah bermula kejadian. Apakah sebenarnya yang terjadi ???

 Doa dan uluran tangan kita, setidaknya boleh sedikit meringankan penderitaan mereka. Khususnya saudara-saudara kita di Palestin yang hingga kini terus dilanda tragedi kemanusiaan akibat penjajahan Zionis Israel

Pengawas pemeriksa masuk ke ruangan ini dengan penuh percaya seperti biasanya. Pengawas meminta izin kepada para pelajar untuk memeriksa beg-beg mereka. Dimulailah pemeriksaan.

Pada masa itu di hujung ruangan ada seorang pelajar yang sedang duduk. Dia memandang kepada pengawas pemeriksa dengan pandangan terpecah dan mata nanar, sedang tangannya memegang erat begnya.

Pandangannya semakin tajam setiap giliran pemeriksaan semakin dekat pada dirinya. Tahukah anda, apakah yang dia sembunyikan di dalam tasnya ???

Beberapa saat kemudian pengawas pemeriksa memeriksa pelajar yang ada di depannya. Dia pun memegang sangat erat begnya.

Seakan dia mengatakan, demi Allah mereka tidak akan membuka beg saya. Dan tiba lah giliran pemeriksaan pada dirinya. Dimulailah pemeriksaan.

Tolong buka beg kamu anakku, kata seorang guru anggota pengawas pemeriksa. Siswi itu tidak mahu membuka begnya.

 Dia melihat wanita yang ada di depannya dalam diam sambil mendekap beg ke dadanya. Berikan begmu, wahai anakku, kata pemeriksa itu dengan lembut.

Namun tiba-tiba dia berteriak keras: tidak … tidak … tidak …
Teriakan itu mengejutkan para pemeriksa lainnya dan mereka pun berkumpul di sekeliling pelajar tersebut.

Terjadilah pergelutan sengit: berikan … tidak … berikan … tidak …

Apakah rahsia yang dia sembunyikan??? Dan apa yang sebenarnya terjadi???

Maka terjadilah adegan perebutan tangan untuk memperebutkan beg yang masih tetap berada dalam blockade pemiliknya.

Pelajar lain pun terkejut dan semua mata terbelalak. Seorang guru wanita berdiri dan tangannya diletakan di mulutnya. Ruangan tiba-tiba sunyi.

Semua terdiam. Ya Ilahi, apakah sebenarnya yang ada di dalam beg tersebut. Apakah benar bahawa si Fulanah (pelajar) tersebut ….

Setelah dibuat perbincangan akhirnya pengawas pemeriksa sepakat untuk membawa pelajar dan begnya ke bilik, supaya dapat dilanjutkan pemeriksaan yang barang kali mengambil masa yang lama …

Pelajar tadi masuk ke bilik sedang air matanya bercucuran bagai hujan. Matanya memandang ke arah semua yang hadir di ruangan itu dengan tatapan penuh benci dan marah.

Bagi mereka akan mengungkap rahsia dirinya di hadapan orang banyak. Ketua pengawas pemeriksa memerintahkannya duduk dan menenangkan situasi.

Dia pun mulai tenang. Dan guru besar sekolah pun bertanya, apa yang kau sembunyikan di dalam beg wahai anakku …?

Di sini, dalam keadaan yang sukar dan sulit, dia membuka begnya. Ya Ilahi, apakah gerangan yang ada di dalamnya??? Bukan. Bukan. Tidak ada sesuatu pun yang dilarang ada di dalam tasnya.

Tidak ada benda-benda haram, hand phone berkamera, gambar dan foto-foto atau surat cinta.

Demi Allah, tidak ada apa-apa di dalamnya kecuali sisa makanan (roti). Ya, itulah yang ada di dalam begnya.

Setelah ditanya tentang sisa makanan yang ada di dalam begnya, dia menjawab, setelah menarik nafas panjang.

“Ini adalah sisa-sisa roti makan pagi pelajar lain, yang masih tersisa separuh atau seperempatnya di dalam bungkusnya.

Kemudian saya kumpulkan dan saya makan sebahagiannya. Sisanya saya bawa pulang untuk keluarga saya di rumah …Ya, untuk ibu dan saudara-saudara saya di rumah.

Agar mereka memiliki sesuatu yang boleh dibuat untuk makan siang dan makan malam. Kami adalah keluarga miskin, tidak memiliki siapa-siapa.

Kami bukan siapa-siapa dan memang tidak ada yang bertanya tentang kami. Alasan saya untuk tidak membuka beg, agar saya tidak malu di hadapan teman-teman di ruangan tadi.”

Tiba-tiba suara tangis meledak ruangan tersebut. Mata semua yang hadir bercucuran air mata sebagai tanda penyesalan atas perlakukan buruk pada siswi tersebut.

Ini adalah satu dari sekian banyak peristiwa kemanusiaan yang memilukan di Palestin.

Peristiwa ini juga terjadi di sekitar kehidupan kita. Kita tidak tahu, barang kali selama ini kita tidak peduli dengan mereka. 

Doa dan huluran tangan kita, setidaknya boleh sedikit meringankan penderitaan mereka. Khususnya saudara-saudara kita di Palestin yang hingga kini terus dilanda tragedi kemanusiaan akibat penjajahan Zionis Israel.


 



Friday, 3 June 2011

Cahaya kebebasan Palestin




27/5/2011 - Pegawai Kanan Fatah ,Nabil Shaath mengatakan  bahwa sebuah kerajaan peralihan akan terbentuk dalam masa 10 hari. Ini dilihat sebagai langkah mengotakan perjanjian Resoluli Hamas-Fatah yang baru ditandatangani antara partinya dan Hamas, awal bulan ini di Kaherah.


28/ 5/ 2011-  Mesir membuka kembali sempadan Rafah! Ini adalah satu-satunya sempadan yang tidak perlu melalui Israel untuk masuk ke Palestin. Pembukaan sempadan Rafah memudahkan urusan pemberian bantuan yang sebelum disekat oleh Israel selama 4 tahun. Pegawai Mesir menyampaikan kepada media, yang sempadan ini membenarkan penduduk Palestin untuk keluar-masuk Mesir tanpa visa.


29/5/2011 – Anggota kerajaan peralihan teknokrat sementara yang bakal dibentuk di Palestin akan diketahui  umum pada 6 Jun ini. Anggota kerajaan peralihan ini akan di isi dengan deligasi dari kedua-dua belah pihak iaitu deligasi dari pihak Hamas dan deligasi dari pihak Fatah. Tujuan kerajaan sementara ini ditubuhkan, sebagai langkah Palestin untuk menubuhkan kerajaan rasmi yang baru.


30/5/2011- Yasser Daoud 41 tahun dijatukan hukuman penjara selama 21 tahun kerana kesalahan menikam seorang lelaki Israel. Yasser sudah ditahan selama 8 bulan sebelum keputusan mahkamah menetapkan hukuman beliau dan media diberitahu, selama dalam tahanan beliau telah didera dan di soal siasat oleh tentera Zionis.


31/5/2011 – Pembukaan sempadan Rafah-Mesir memberikan sinar baru buat penduduk-penduduk Palestin. Rakyat Palestin boleh melawat keluarga mereka di Mesir dan ada yang menggunakan peluang ini untuk menerima rawatan di Hospital Mesir. Namun ada yang tidak dibenarkan untuk masuk ke Mesir kerana tiada bukti mereka itu adalah penduduk Palestin. Sejak 2005, Israel sudah mengganggu urusan Visa serta pendaftaran negara Palestin.



 Bantuan Keamanan Ke Gaza

 Hamas menggesa agar Mesir membenarkan Kapal Bantuan Keamanan Malaysia membawa bantuan mereka ke Gaza secepat mungkin
     
     
             Ketua Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh terkejut dengan tindakan Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon meminta pengelola ‘Flolitta II’ untuk membatalkan pelayaran mereka ke Gaza.


Revolusi yang dilakukan Penduduk Mesir bukan sahaja berjaya mengeluarkan mereka dari cengkaman pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak namun berjaya menyalakan cahaya kebebasan bagi negara jiran mereka iaitu Palestin. Kini penduduk Palestin boleh menerima bantuan melalui sempadan Rafah yang baru dibuka dan kita sebagai umat Islam sepatutnya tersenyum lebar melihat perubahan drastik yang berlaku kepada Palestin, kancah politik Palestin serta rakyat Palestin itu sendiri. Namun ini bukanlah titik noktak untuk kita berhenti dari berusaha untuk membebaskan Palestin seterusnya menegakkan kembali ruh Islam dari Masjid Al-Aqsa.


Disediakan Oleh :
The cerebro

Thursday, 2 June 2011

20 FAKTA TENTANG ISRAEL

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :

1. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

2. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB?Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali.  Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika @ APCO  untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David Ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:


“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……


15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggalibawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin.

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.-