Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Friday, 3 June 2011

Cahaya kebebasan Palestin




27/5/2011 - Pegawai Kanan Fatah ,Nabil Shaath mengatakan  bahwa sebuah kerajaan peralihan akan terbentuk dalam masa 10 hari. Ini dilihat sebagai langkah mengotakan perjanjian Resoluli Hamas-Fatah yang baru ditandatangani antara partinya dan Hamas, awal bulan ini di Kaherah.


28/ 5/ 2011-  Mesir membuka kembali sempadan Rafah! Ini adalah satu-satunya sempadan yang tidak perlu melalui Israel untuk masuk ke Palestin. Pembukaan sempadan Rafah memudahkan urusan pemberian bantuan yang sebelum disekat oleh Israel selama 4 tahun. Pegawai Mesir menyampaikan kepada media, yang sempadan ini membenarkan penduduk Palestin untuk keluar-masuk Mesir tanpa visa.


29/5/2011 – Anggota kerajaan peralihan teknokrat sementara yang bakal dibentuk di Palestin akan diketahui  umum pada 6 Jun ini. Anggota kerajaan peralihan ini akan di isi dengan deligasi dari kedua-dua belah pihak iaitu deligasi dari pihak Hamas dan deligasi dari pihak Fatah. Tujuan kerajaan sementara ini ditubuhkan, sebagai langkah Palestin untuk menubuhkan kerajaan rasmi yang baru.


30/5/2011- Yasser Daoud 41 tahun dijatukan hukuman penjara selama 21 tahun kerana kesalahan menikam seorang lelaki Israel. Yasser sudah ditahan selama 8 bulan sebelum keputusan mahkamah menetapkan hukuman beliau dan media diberitahu, selama dalam tahanan beliau telah didera dan di soal siasat oleh tentera Zionis.


31/5/2011 – Pembukaan sempadan Rafah-Mesir memberikan sinar baru buat penduduk-penduduk Palestin. Rakyat Palestin boleh melawat keluarga mereka di Mesir dan ada yang menggunakan peluang ini untuk menerima rawatan di Hospital Mesir. Namun ada yang tidak dibenarkan untuk masuk ke Mesir kerana tiada bukti mereka itu adalah penduduk Palestin. Sejak 2005, Israel sudah mengganggu urusan Visa serta pendaftaran negara Palestin.



 Bantuan Keamanan Ke Gaza

 Hamas menggesa agar Mesir membenarkan Kapal Bantuan Keamanan Malaysia membawa bantuan mereka ke Gaza secepat mungkin
     
     
             Ketua Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh terkejut dengan tindakan Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon meminta pengelola ‘Flolitta II’ untuk membatalkan pelayaran mereka ke Gaza.


Revolusi yang dilakukan Penduduk Mesir bukan sahaja berjaya mengeluarkan mereka dari cengkaman pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak namun berjaya menyalakan cahaya kebebasan bagi negara jiran mereka iaitu Palestin. Kini penduduk Palestin boleh menerima bantuan melalui sempadan Rafah yang baru dibuka dan kita sebagai umat Islam sepatutnya tersenyum lebar melihat perubahan drastik yang berlaku kepada Palestin, kancah politik Palestin serta rakyat Palestin itu sendiri. Namun ini bukanlah titik noktak untuk kita berhenti dari berusaha untuk membebaskan Palestin seterusnya menegakkan kembali ruh Islam dari Masjid Al-Aqsa.


Disediakan Oleh :
The cerebro

No comments:

Post a Comment