Dalam kedinginan air cond di bilik kuliah ini, tiba-tiba
bebola mataku tertarik kepada seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian
jubah, dan berwajah kearaban. Hatiku tertanya-tanya. “Dari mana pulak minah
arab ni?”. Aku perhatikan gadis arab yang duduk di sudut dewan kuliah itu hanya
keseorangan dan membaca sambil menunggu pensyarah masuk. Sedang aku memasang
langkah untuk mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya, tiba-tiba
pensyarah sudah ada di hadapan.
Pada kuliah itu pensyarah sejarah pemikiran ekonomi, Profesor Ikhwan telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk diberikan tugasan dalam kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendapat tahu bahawa gadis arab itu satu kumpulan denganku. Selepas kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit perjumpaan. Pada masa itu aku berkesempatan mengenali gadis arab itu dengan lebih dekat lagi.
“Assalamualaikum.” Aku memulakan bicara..
“Waalaikumsalam warahmatullah.” Jawab gadis arab itu sambil tersenyum manis.
“Kamu boleh cakap melayu tak?.” Tanyaku dalam nada yang kurang yakin.
“Saya sudah lima tahun di sini dan boleh berbahasa Melayu.” Jawab gadis dengan Bahasa Melayu yang lancar. Kagum sungguh aku dengan kebolehan berbahasa Melayu gadis arab ini.