Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Monday, 23 May 2011

Memurnikan Jihad Kita seperti mereka



Masih ingatkan akan Shabra Shatila??? Kalau tak ingat atau tdakk pernah tahu, cubalah search kembali apakah peristiwa ‘Shabra Shatila’. Mudah ceritanya, peristiwa tersebut adalah pembunuhan beramai-ramai pihak Zionis terhadap umat Islam. Mungkin kian luput dari ingatan umat Islam...Jangan pula 10 tahun lg, bila ditanya serangan trhadap kapal kmanusiaan Marvi Marmara pun kita sudah lupa. Semoga semangat juang kita terus istiqamah, bukan hnya apabila setiap kali Israel melakukan kezaliman. Dan kalaupun begitu, seharusnya semangat kita takkan pernah pudar kerana kezaliman mereka berterusan hari demi hari. Setiap hari, ada saja pmbunuhan saudara seIslam kita. Mari kita lihat kembali hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

"Tak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri"



Kaki terpijak duri pun kita dah mengeluh menderita sakit..bagaimana pula saudara kita yang dibom dengan bom phosphorus yg membunuh itu. Luarnya kelihatan keperitan  penderitaan dan dalamnya meraung kepedihan akibat kesakitan melampau dan menyeksa. Kita sayangkan diri kita?? Kita tidak akan biarkan kesakitan sebegitu. Biasanya orang yang paling kita sayang tentulah keluarga kita. Cuba kita anggap dan lihat semua umat Islam lelaki yg lebih tua dari kita adalah ayah dan abang kita dan bagi perempuan yang lebih tua adalah ibu dan kakak kita sndiri dan juga mereka yang lebih muda adalah adik kita sndiri. 

Kenapa tak boleh? Bukankah umat Islam itu bersaudara dengan terikatnya hubungan kalimah syahadah. Jika begitu yg kita amalkan, tentunya kasih sayang akn terjalin dengan erat antara Muslim dan tentulah kasih sayang kita terhadap ibu bapa, abang kakak dan adik kita di Palestin lebih mendalam dan diterjemah dengan perbuatan dan doa kita.

Begitulah kisah perjuangan ditemani juga penderitaan saudara kita di Palestin. Jihad mereka dilakukan ikhlas lillahi ta’ala. Menegakkan syiar Islam dan juga untuk membebaskan Palestin tercinta dari belenggu kekejaman Zionis. Kita di sini, boleh berjihad dan berjuang seperti mereka Cuma method yang mungkin berbeza tetapi matlamat dan tujuan tetap sama. Kita tetapkan menuntut ilmu adalah jihad kita.  Manakala imtihan adalah umpama medan perjuangannya.

************************

Pernah sekali dalam satu ujian kecil, guru menegur pelajar yang kelihatan cuba menjenguk jawapan rakan sebelahnya ketika ujian. Teguran doktor tersebut disertakan dengan hadis berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”


Menipu. Banyak sebenarnya perkara yang boleh kita tipu. Luas penggunaannya, dalam percakapan dan perbuatan. Dalam perniagaan dan juga pembelajaran. Kita ambil keadaan kita sekarang yakni fatrah imtihan. Haa..munkin kita boleh terbayang akan penipuan dalam imtihan kan? Banyak cara yang ada malah jika pada yang ‘expert’ mungkin ada 1001 teknik nak menipu dalam imtihan.

Sememangnya bidang perubatan bukanlah satu bidang yg mudah. Tepu otak membacanya. Tapi kita kena yakin dengan apa yang kita usaha dan pertolongan Allah. Jangan pula kerana terkejut dngan soalan, lantas mngambil langkah untuk meniru. Mungkin kita berjaya meniru dan Allah mengizinkan kita berjaya dlm peperiksaan, namun pmbalasan daripada Allah tetap akan datang. Tak hari ini, esok..tak esok mungkin masa-masa akan datang dan tidak mungkin terlepas di akhirat kelak. Dan jika tidak terhadap diri kita, mungkin kesannya terhadap pesakit-pesakit kita atau org disekeliling kita yang kemudian natijahnya tetap kembali kepada kita. Sungguh,tak guna kita berjaya dengan meniru. Pelik juga, apabila kita berusaha bersungguh-sungguh tetapi bila sampai hari ujian dan bila kita sudah rasa ‘tak boleh’, kita mengmbil langkah yang mudah tetapi salah. Kita bermula dengan usaha yg baik tapi disudahi dngan penipuan. Rugilah kita...

Jika saudara-saudara kita di Palestin berjihad sepenuh jiwa dan raga mereka di medan peperangan sana. Anggaplah medan imtihan ini adalah medan jihad kita. Jangan cemarkan jihad kita dengan penipuan. Jangan di kala kita berjihad, kita tergolong di kalangan mereka yang tidak diakui oleh Nabi Muhammad S.A.W. sebagai golongannya Na'uzubillah...Bila di medan jihad, hanya ada dua keputusan : syahid ataupun kemenangan. Kemenangan memerlukan persiapan dan persediaan yang rapi dan bukanlah syahid disini bermakna gagal. Ingat! Org yang syahid itu tidak gagal bahkan lebih mulia disisi Allah...Begitu jga kita dlm imtihan, hendakkan kejayaan perlulah melalui usaha yang bersungguh dan keyakinan kepada Allah dan jika ditakdirkan Allah bukan rezeki kita untuk kjayaan kali ini, biarlah kita ‘syahid’ iaitu mulia disisiNya. Amat malang sekali jika kita memilih pilihan yang tiada dalam medan jihad iaitu ‘menipu’ dan seterusnya tergolong dalam kalangan mereka yg tak diakui sebagai kalangan umat Nabi Muhammad S.A.W. oleh baginda sendiri.Na'uzubillah...

Munkin gaji kita hasil dari perbuatan meniru itu halal , tetapi rezeki kita tidak akan diberkati Allah S.W.T. Mari elakkan dari perbuatan meniru dalam peperiksaan. Kejayaan disebabkan oleh  hasil perbuatan meniru adalah kejayaan palsu semata-mata kerana itu bukanlah kejayaan dari hasil usaha kita. 

Kepada yang pernah meniru dan sudah berjaya,ingat ada mungkin berjaya di dunia tetapi di akhirat belum tentu lagi. Bertaubatlah, semoga Allah menerima taubat kita dan gaji pendapatan yang kita dapat untuk menyara keluarga kita akan diberkati Allah. Oleh itu marilah kita menjadi 'pejuang' sejati yang bukan hanya inginkan kecemerlangan di dunia semata-mata malah kita mahukan kecemerlangan di akhirat yang lebih penting !! Wallau'alam...

No comments:

Post a Comment