Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Sunday 13 June 2010

Palestine...inikah nasibmu?


Oleh : huessnaa
          Tahun 2,Perubatan Universiti Zagazig

Bismillahhirrahmanirrahim

Dunia dengan lantang mengutuk kekejaman Israel yang bertindak menyerang konvoi misi kemanusiaan daripada pelbagai dunia.Apa yang menarik,ini membuktikan Israel bukan hanya menentang Islam,malah menentang seluruh dunia .Pernahkah kita terfikir ,mengapa Israel makin lama makin berani menunjukkan taringnya?Kenapa kuasa besar seperti AS sekadar diam seperti batu ,tidak mampu berbuat apa-apa.Benarlah analisa politik, Presiden AS ,Barack Obama sebenarnya tidak mampu mengerakkan sebarang perubahan terhadap kuasa Israel.

Pengaruh Yahudi ada di mana-mana,hatta Malaysia sekalipun.Hanya kita saja yang tak sedar.
Mari kita berfikir sahabat..mengapa Israel sudah berani?Kerana tidak ada lagi kuasa besar lain yang mampu untuk menentang? Ya,bagaimana kita nak menentang Israel kalau kita sendiri beli senjata,bom, dan sebagainya dari Israel? Tak kah 'Pak pandir' namanya tu?

Bagaimana kita nak menentang Israel kalau kita pun bergantung teknologi dari mereka?Naik turun nilai duit kertas? Dan pengeluaran kertas untuk mata wang kebanyakan negara?

Bagaimana kita nak maju kalau kita asyik berpecah?

Bagaimana kita nak maju kalau makanan yang sedap,pakaian yang bagus semuanya buatan mereka?

Sistem pendidikan yang lebih mementingkan darjat 'A' dalam peperiksaan daripada nilai sahsiah? Yang lebih mementingkan nilai sekolah elit daripada nilai pendidikan sama rata terutamanya di kawasan luar bandar?

Bagaimana kita nak maju kalau teknologi makanan kita masih kurang dipelopori orang Islam?
Isu makanan halal dan sebagainya masih hangat diperkatakan.Kalaulah orang Islam sendiri yang hasilkan produk mereka,perkara sebegini tak akan berlaku.

Bagaimana kita nak menang melawan Israel,Yahudi kalau kita sendiri pun hangat-hangat tahi ayam dan mengikut musim sahaja?Heboh tentang boikot tapi perlaksaan memajukan alternatif lain tidak ada.Kita sendiri tak nak sokong barang buatan orang Islam.Ha? Macam mana tu?

Bagaimana kita nak menentang Israel kalau kita pun masih asyik lagi dibuai mimpi indah?Sedangkan orang Yahudi sana siang malam tak senang duduk memikirkan apa lagi propaganda yang mereka perlu laksanakan untuk menentang kita,khususnya orang Islam.

Banyak lagi isu sebenarnya yang kita terlepas pandang.Ada akal,fikirlah sendiri.Cuba perah otak,fikir jauh .Fikir apa akan jadi 50 tahun akan datang kalau kita sendiri tak cari solusi dari sekarang.

Tak pernah kah kita terfikir sejenak sahabat,mengapa barat sangat takut dengan Islam?Kenapa Islam sering dilabel sebagai penganas dan mengapa mereka juga terlalu memandang sinis dengan perempuan yang bertudung?Akan tetapi sisters di gereja dan sebagainya ,tidak pula dijadikan isu.Mengapa?

Sebabnya mungkin banyak.Tapi salah satunya adalah mereka sebenarnya takut dengan kebangkitan Islam,kerana apa?Kerana mereka sebenarnya tahu Islam itu agama yang benar.Analoginya mudah.Kalau seseorang yang berniat jahat sedar kejahatannya akan terbongkar,sudah pastinya dia akan berusaha untuk menutup kejahatannya dengan melemparkan muslihat kepada lawannya bukan?

Kita harus beringat.Propaganda Yahudi,Israel ,dalam bentuk terang-terangan.Namun ,jutaan lagi propaganda secara dalaman ,secara senyap masih lagi kita tidak sedar.

Kita sendiri yang kena melihat,menilai,menganalisa tiap perkara yang berlaku.Yang baik kita sokong.Yang buruk kita tentang!

Saya kagum dengan semangat mereka yang begitu berkobar-kobar menentang isu kekejaman Yahudi.Yang siap tukar primary photo di facebook dan sebagainya.Status-status di YM.

Ya,saya kagum! Jadi realisasikanlah jihad kita semua dengan CARA ilmu yang kita cari ini semoga ianya memberi manfaat kepada dunia yang memerlukan kita.Oleh itu,sama-samalah kita berjihad dalam erti kata bersatu dalam jemaah,meningkat ilmu pengetahuan ,teknologi Islam, dan kembalilah kepada Islam.Allah itu sentiasa dekat dengan kita.

Menjadi pakar dalam bidang sendiri ,dan sekaligus berhenti daripada bergantung dengan kuasa kejam seperti Israel.Cipta senjata kita sendiri,bangunkan sistem teknologi canggih kita sendiri.Hasilkan ubat,bahan kimia, hatta tabung uji kita sendiri dan sebagainya.Dalam erti kata lain,sebesar-besar benda sampailah ke sekecil-kecil benda ,semuanya dikeluarkan oleh kita sendiri .Rebut kembali ekonomi.Pegang kembali ekonomi.

Semua benda Islam dah ajar,tapi kita ni,masih tak nak ikut.Kenapa ya? Dah banyak sangat makan bahan kimia mungkin?

Kerana kita tidak mampu menentang dengan keringat,kita perkukuhkan dulu Islam dan ilmu,kerana dua benda ini berada dalam hati.Tidak ada sesiapa pun yang boleh curi.Perlaksaan perubahan menentang musuh Islam bukan sekadar di mulut,tapi hati.

Akhir kalam,Selamat bermujahadah.Doakan Palestin.Dan,semoga kita semua cemerlang dunia juga di akhirat sana.

2 comments:

  1. terbaik r huessnaa!
    Israel makin kalut akan perhatian dunia terhadap kekejamannya ke atas palestin. kita pula di mana selaku saudara seagama rakyat2 palestin...??

    "tegakkan islam dalam dirimu, nescaya kamu akan melihat islam tertegak di sekeliling kamu" -IHAB.

    jom belajar sungguh2, jadi doktor muslim yang pakar. =)

    ReplyDelete
  2. syukran!semoga bermanfaat untuk semua.

    semoga kita semua sama2 meledakkan semangat berjuang untuk Islam.

    Jom !!

    ReplyDelete