Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Thursday 8 April 2010

Pengenalan Kempen Prihatin Palestin (KPP)


Sejak sekian lama kita telah mendengar tangisan dan rintihan saudara-saudara kita di palestin meminta pertolongan dari saudara-saudara seislam mereka.Tetapi, malangnya hanya segelintir saudara mereka yang mahu mendengar,peka terhadap nasib mereka. Jadi Organisasi PERUBATAN Zagazig 08/09 dengan sedikit kudrat yang dikurniakan ALLAH SWT dengan ini merangka satu program yang dapat meringankan beban saudara kita yang menderita di palestin. Berikut adalah ayat ALLAH yang menyeru kita supaya berjihad di jalannya dari segi harta.


Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
( Al Baqarah 195)
Dalam situasi kita sebagai pelajar,dengan hanya jihad harta sahajalah kita dapat membantu mereka. Mudah-mudahan ALLAH memberkati segala gerak kerja program ini. Unit ini ditubuhkan di bawah pantauan Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Zagazig '10/11. Unit ini adalah kesinambungan usaha unit kebajikan sesi yang lalu berikutan rentetan serangan besar-besaran Israel ke atas Palestin pada bulan Disember 2008 dua tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment