Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Monday 31 October 2011

Cerpen : Mata Rafeeq


Rafeeq menyelak jendela. Lantas merebahkan diri ke atas katil. Seusai saja kuliah, dia bergerak pulang. Tidak ada yang menarik hatinya untuk melencong ke tempat lain. Tidak seperti biasa, Rafeeq kini banyak mendiamkan diri. Dia sendiri berasa hairan dengan dirinya.

“Mungkin sejak peristiwa itu.” Hati Rafeeq tergetus, selepas saja menyoal hatinya perihal yang sama. Sebelum ini, Rafeeq lah yang selalu mencipta suasana harmoni dalam kalangan kawan-kawannya ketika berbual. Dialah juga yang selalu mencetuskan suasana meriah dalam satu-satu longgokan usrah bersama kawan-kawannya. Kini, sesiapa saja yang melihat Rafeeq, sudah pasti berasa janggal dengan Rafeeq.

“Rafeeq, aku minta maaf kalau soalan aku ni menyinggung kau. Tapi aku dah lama nak tanya fasal ni. Semenjak dua menjak ini, aku tengok kau selalu saja berseorangan. Muka muram. Balik kuliah seorang diri, termenung seorang diri, makan pun kau tak tegur dengan kami, berkurung dalam bilik saja. Kenapa ni Fiq?” Ainul Marzuqi, rakan sehidup semati Rafeeq menembak soalan, ingin menyirnakan rasa gusar terhadap rakan rapatnya itu. Nada seorang rakan yang mengambil berat membaluti suaranya.

Rafeeq segera mengangkat badannya yang rebah di atas katil. Lantas mengoyakkan senyuman ke arah Ainul Marzuqi. Berusaha menyelindung kebenaran soalan yang diajukan itu.

“Ah, tak adalah. Mana ada apa-apa. Aku biasa saja.” Senyum Rafeeq melebar. Menutup penuh keraguan Ainul terhadapnya.

“Rafeeq, aku kenal kau lah. Kau bukannya jenis yang mengadu kat orang tentang masalah kau. Tak kan dengan aku pun kau nak berahsia. Apa guna kita berukhuwah. Kata ukhuwah fillah. Masa inilah kau perlu buktikan yang kau anggap aku ini saudara kau kerana Allah.”

Sudah diakui ramai, hubungan dua sahabat ini memang tidak dapat diragukan keakrabannya. Di dunia perantauan itu, sahabat-sahabat adalah lubuk mengadu kasih. Lebih-lebih lagi, hubungan saudara yang menjunjung nama Rabb nya. Rafeeq dan Ainul Marzuqi bukti hubungan persaudaraan kerana Allah. Tidak pernah meninggalkan rakan menanggung perasaan seorang diri. Pasti ada perkongsian. Pasti ada huluran tangan.

Rafeeq tersenyum. Dia berasa hatinya menjadi lebih ringan. Seolah beban masalah itu diangkut sebahagiannya oleh Ainul.

“Betul, tak ada apalah, Ainul. Terima kasih, sebab ambil berat fasal aku.” Rafeeq bernada yakin. Ingin melunaskan kerut dahi Ainul.

Resam ukhuwah kerana Allah, seorang ingin sama-sama berkongsi beban, seorang lagi berusaha menyoroknya.

Azan Maghrib menghembuskan bayu Islam di bumi nabi Musa itu. Biasanya, kedengaran suara Rafeeq mengalunkan Quran dalam solat di masjid berdekatan. Disebabkan kemerduan suaranya, dia dilantik sebagai imam oleh warga Arab di kawasan itu. Seusai solat maghrib, Rafeeq pulang ke rumah, terfikirkan gilirannya memasak jatuh pada hari ini.

Tidak semena-mena, satu letupan kuat muncul dari belakang Rafeeq. Tempikan dari beberapa suara warga Arab menambahkan rasa cemas Rafeeq. Rafeeq menjadi kaku. Kakinya seolah dibuang semua sarafnya. Hanya mampu diam berdiri dan melihat satu bangunan tiga tingkat mengeluarkan api besar dan asap hitam. Masyarakat Arab semakin ramai mendekatinya.

“Apa berlaku? Apa berlaku?” Tanya sebahagian Arab yang mengerumuni. Rafeeq masih terdiam. Walau dia mendengar dan memahami apa yang disoalkan.

“Ada rumah terbakar. Litar lintas.” Seorang dewasa Arab, yang tahu hal sebenar, menerangkan. Masing-masing kalut. Ada yang sedang pegang telefon. Ada yang bergegas berlari menuju ke bangunan itu, untuk menyelamatkan penduduk berdekatan. Ada juga yang hanya mampu memandang, seperti Rafeeq.

Siren ambulans dan polis menyaluti iklim. Musim sejuk yang bertandang di hawa Zagazig itu sirna, dek haba yang merobak. Rakan –rakan Melayu juga turun padang, bertindak apa yang perlu. Mahasiswa Zagazig terkenal dengan rasa prihatin, hasil kesedaran yang dibajakan oleh senior-senior terdahulu. Tidak ketinggalan, rakan –rakan serumah Rafeeq. Ainul Marzuqi, Amirul Hadi, dan Zul Faiz.

Rasa hairan sekali lagi menyelubungi fikiran Ainul. Rafeeq tidak bertindak apa-apa ketika kejadian. Membantu tidak, selamatkan diri pun bukan. Sungguh menyimpang dari tindakan manusia biasa. Dia bercita-cita untuk mati syahid kah? Kalau nak mati syahid, lebih baik pergi selamatkan orang kat situ. Ainul terus bermonolog dalaman. Satu demi satu teka teki dijawabnya.

Kini keadaan kembali reda. Masih tinggal suara yang menangisi jiwa yang hilang.  Semua mahasiswa Melayu beransur pulang.

“Ah letihnya. Tapi nasib baiklah kita sempat selamatkan budak –budak yang hampir kemalangan tadi.” Amirul Hadi meregangkan otot bahu, sambil wajah terpampang rasa puas. Zul Faiz juga tersenyum, walau muka tampak letih. Mereka tidak bersembang lama. Segera beradu di bilik masing-masing.

Rafeeq sampai di muka pintu rumah. Ainul yang berada di ruang tetamu bertekad menegurnya.

“Rafeeq , aku rasa kau ni….”

“Ainul, aku nak bercakap sikit dengan kau.”

“Ok, jom.”

"Baik, inilah masa aku merungkai masalah kawan aku rahsiakan selama ini." Ainul bermonolog sendiri.

Rafeeq memasuki bilik. Ainul setia mengikut. Ainul melebarkan langkah lalu mendahului Rafeeq, untuk menatap wajahnya. Mata Ainul terbeliak pabila riak wajah Rafeeq kelihatan berubah. Seakan-akan menahan esakan. Matanya kemerahan. Rafeeq memeluk sahabatnya itu. Erat.

“ Ainul, aku minta maaf kalau selama ini aku buat kau  risau pada aku. Aku sebenarnya ada satu rahsia yang belum aku ceritakan pada kau.”

“Apa dia, Fiq?” Ainul setia menadah jawapan dari Rafeeq.

“Abang aku…dia meninggal. Sejak dalam misi bantuan kemanusiaan ke Palestin bawah NGO yang dia sertai sebelum ini.”

“Innalillahi wainna ilaihi raji’uun” Ainul mengungkap kalimah yang mengakui pengembalian manusia itu kepada Allah. “Bila, Rafeeq?”

“Minggu lepas..”

“Jadi, itulah yang buatkan kau sedih selama ini?”

“Tidak. Bukan itu.”

Hairan Ainul bertambah. "Habis, kenapa?"

Rafeeq tidak dapat menahan esakan. Kaca-kaca  terbit dari pelupuk mata.

“Aku terfikir, apa yang aku buat untuk Palestin dan negara-negara Islam lain. Masa kejadian tadi, tindakan aku kelu, sebab fikirkan letupan tadi adalah letupan dari Palestin, dan aku tidak mampu bertindak, seperti  masyarakat mereka bertindak. Mata aku hanya melihat. Hati aku tak dapat buat apa –apa.”

Tangisan Rafeeq semakin laju. Tanpa disedari, permukaan mata Ainul juga sudah berkaca.

“Sabarlah.” Ainul menahan sebak, sambil menggosok belakang Rafeeq.

“Kita mengaku berukhuwah kerana Allah. Tapi tak dapat buat apa-apa. Aku rasa macam hipokrit.” Rafeeq terus tertunduk.

“Rafeeq, bertenang Rafeeq. Aku faham perasaan kau.  Kita ini tidak sempurna Rafeeq. Tapi perlu berusaha menjadi sempurna. Sekarang kau sudah ada kesedaran. Kesedaran inilah permulaan, Fiq. Permulaan untuk melangkah ke alam pejuang.”

Rafeeq mengelap pipi. Ainul pula sedang menyerap perasaan Rafeeq. Pertama kali sahabatnya itu menangisi amanah itu. Tangan Rafeeq digondol erat. Bayu persahabatan masih mekar antara mereka. Mata hitam Rafeeq kian tiada, bagai matahari yang lari dikejar senja. Kepenatan barangkali. Malam itu Rafeeq tidur dengan esakan. Dia tidak tahu, nafas itu adalah nafas terakhir dituliskan untuk Rafeeq.

BudakSkema

Wednesday 26 October 2011

Kegembiraan Atau Kehinaan ??


17/10/2011 - Israel bersetuju untuk membuat pertukaran seorang askar Israel yang ditangkap Hamas pada tahun 2006 dengan 1000 banduan Palestin yang sedang berada dalam tahanan penjara rejim Zionis. Sebelum bersetujuan ini tercapai, seramai 1400 orang rakyat Palestin gugur syahid dek kerana serangan balas tentera Zionis berkenaan isu ini.

19/10/2011 – Pelepasan banduan yang bakal dilakukan akan bersyarat menurut Israel. Setiap banduan yang dilepaskan perlu melapor diri di Tebing Barat untuk 3 kali dalam sebulan. Kepada banduan yang gagal berbuat demikian, mereka akan ditangkap semula

20/10/2011 – Kerajaan Palestin mengistiharkan cuti umum untuk meraikan pelepasan 477 orang banduan Palestin yang berada dalam tahanan Isreal. Baki banduan seramai 550 orang akan dilepaskan berperingkat dalam masa dua bulan mengikut persetujuan pihak Hamas dan Israel.

21/10/2011 – Masih belum ditetapkan tarikh untuk perjumpaan Fatah-Hamas kata jurucakap rasmi Fatah, Azzam al-Ahmad. Perjumpaan yang bakal dibuat ini adalah kesinambungan daripada perjanjian yang telah dibuat antara Fatah dan Hamas pada mei lepas di Kaherah berkenaan untuk bergabung dan menyelesaikan persengketaan setelah sekian lama.

22/10/2011 – 6 orang doktor dan jururawat dari Amerika Syarikat akan berkhidmat selama 5 hari di Hospital Al-Awda. Mereka terdiri daripada Urologis, Kardiologis, jururaeat psychiatric dan juga jururawat pediatrik..

23/10/2011 – Seorang remaja Israel berumur 20 tahun telah ditikam di utara Jerusalem. Polis mengatakan suspek mungkin rakyat Palestin. Kemudian Rejim Zionis menyerbu sebuah perkampungan Palestin di timur Jerusalem dan menyerang 3 orang penduduk Palestin

Dapat dilihat bagaimana rakyat Palestin sungguh gembira menerima ahli keluarga yang telah dilepaskan oleh Israel sehinggakan kerajaan mengishtiharkan cuti umum. Namun dunia dapat melihat dalam masa sama yang Israel juga sedang menghina umat Islam khususnya penduduk Palestin itu sendiri apabila bersetuju untuk membuat pertukaran seramai lebih kurang 1000 orang banduan Palestin dengan hanya seorang tentera Israel. Mereka menguatkan bukti yang mengatakan umat Islam ketika ini bagaikan buih-buih di lautan. Ramai namun tidak berharga nyawa mereka. Namun kita jangan putus asa! Ya Umat Islam mungkin tengah tidur sekarang namun yang tidur pasti akan bangun.PASTI !!


Disediakan oleh : Ariff Haikal Mahdi

Friday 21 October 2011

BOIKOT UNTUK SELAMATKAN PALESTIN


                                     
Kezaliman, kedajalan dan keganasan tentera Israel seolah-olah tiada penghujungnya. Isu Gaza, Baitulmaqdis dan Al-Aqsa bukan lagi isu perebutan wilayah Palestin, tetapi lebih kepada isu kemanusiaan. Sampai bila rakyat Palestin perlu hidup menderita? Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan. Tanah air mereka dijajah dan rumah-rumah mereka dibom. Mereka kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata. Gaza pula mengalami sekatan oleh Isreal yang berkomplot dengan pemimpin-pemimpin Mesir. PBB yang diharapkan hanya mampu menjadi boneka, seperti boneka yang dijual di kedai dua ringgit. Langsung tak berguna. Pemenang Novel Keamanan, Barrack Obama? Dua kali lima dengan PBB.

Kita harus bertindak. Israel akan menjadi lemah jika majoriti penduduk dunia terutamanya orang Islam memboikot semua barangan atau produk Israel/Yahudi. Setiap sen hasil jualan barangan Israel/Yahudi mungkin disalurkan kepada tentera Israel yang digunakan untuk membeli peluru dan menembak penduduk Palestin. Inilah usaha yang mampu kita buat untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas. Walaupun sumbangan kita kecil, mungkin impaknya lebih besar daripada apa yang kita fikirkan. Sekurang-kurangnya kita berikhtiar untuk melemahkan kebatilan tentera Israel Laknatullah. 

Kita juga perlu maaruf  tentang beberapa  jenama  barangan  yang dikenalpasti  telah  menyalurkan  keuntungan dan  membiayai pembelanjaan  yang  diperlukan oleh rejim Zionist.

Hal ini bertentangan sekiranya memboikot dengan nada hukum, seperti haram membeli barangan yahudi ataupun haram memakan makanan Amerika. Seharusnya, boikot perlu dilakukan dengan nada solidariti supaya lebih berkesan.

Namun  sesetengah dari kita berfikiran agak pesimis…..
       
   "Adakah berkesan sekiranya jika kita turut sama memboikot walau dengan RM1?"  

Subhanallah.Ketahuilah bahawa walau sedikit usaha yang kita lakukan untuk membantu mereka,yakinlah ganjaran  ALLAH  hanya ada disisiNya..
                                            
Kisah benar : Ketika memeriksa jenazah-jenazah mangsa pengeboman Israel di Gaza,ada satu jenazah kanak-kanak yang penuh duit syiling dalam poket seluarnya. Ditanya kepada rakannya duit apa, "dia memaklumkan kami dia tengah mengumpulkan wang untuk saudaranya  di Somalia." – sumber Free Gaza.

Allahuakbar!!

Meraka yang belum pasti esok masih ada,dalam kondisi makanan untuk esok yang belum pasti ada,tetap terus menyumbang kerana mereka sedar mereka itu bersaudara. Kita bagaimana?
     
"Wahai sahabat,sekiranya kita tidak dapat boikot semua, jangan tidak boikot semua pula.." 

Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan hasil untuk saudara kita di sana.


Disediakan Oleh : Nor Syahirah Binti Mohd Al-Fateh

Wednesday 19 October 2011

KENALI HAMAS DAN PESANAN MEREKA KEPADA KITA


            
Semenjak  rakyat  palestin  memilih  mereka  pada  pilihan  raya  2006  yang  lalu,  Hamas  membuktikan  bahawa  mereka  adalah  pelindung  rakyat  palestin. Selepas  kerajaan pemimpin Hamas  dinafikan daripada  sempadan  yang sepatutnya  menjadi milik  mereka  dalam Perjanjian Oslo, mereka  tidak  membiarkan  rakyat palestin terus menderita.

Hamas  menjadikan  Islam sebagai  landasan  perjuangan mereka.Hamas juga  sanggup menggadaikan  nyawa  ahli-ahli mereka agi tujuan tersebut. Tambahan pula, mereka berjanji untuk memerdekakan  masjidil Aqsa  walau terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.itu janji mereka.
                                                          
                       ‘Ayuh menilai dan bermuhasabah ,di antara perjuangan kita dan mereka’

Majoriti  kumpulan  ‘pelobi’  daripada Negara luar  yang begitu  bersemangat  mengenai  isu  palestin,  adalah  merupakan  pendokong  Hamas.

Bayangkan  berulang-ulang  kali  mereka  mendesak  pihak-pihak  terlibat  dalam  isu  negara Palestin  di  parlimen  EU  untuk  mengiktiraf  Hamas.

Tidak  keterlaluan  sehingga  ada  juga  di antara  mereka  yang  tidak  jemu-jemu  memuji  dan  menegaskan  bahawa Hamas  adalah hero  rakyat  Palestin.

Ucapan Obama  menunjukkan sikap  berat sebelah  Amerika yang  menyokong  penjajah  Israel , sementara  negara  arab  dan  palestin  patut  berhenti  bergantung kepada  Amerika. Kami  menggesa  pemimpin  palestin  menggunakan strategi  berdikari  dan  dunia  arab dan Islam  sedar  akan  keangkuhan  Amerika  dan  Israel.- Sami  Abu  Zuhri,jurucakap  Hamas.

Bolivia  bukan sahaja  menyokong  usaha pemimpin Palestin  mendapatkan  negara  mereka,  malah  menyambut  baik  kemasukan  mereka  dalam PBB.-Evo Morales, Presiden  Bolivia.

Saya  sekali  lagi  menyatakan  sokongan  kepada  pengiktirafan  negara  Palestin  yang wujud  secara  aman  di  sebelah  Israel.-Ban Ki Moon , Setiausaha  PBB.

PESANAN UNTUK UMAT ISLAM DI MALAYSIA - HAMAS


Semenjak hari pertama penubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya.HAMAS juga memberikan nyawa ahli-ahli mereka bagi tujuan itu dan berjanji pada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami.

HAMAS juga berjanji hendak memerdekakan Masjid Al Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.’

Buat umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan akidah yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan manhaj atau tujuan  yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pencinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar perkara ini?Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarinya?’

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.Kami hanya mempunyai 2 pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan US dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan.’

Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan tersu tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian. Jika kami gugur syahid manakala saudara skalaina terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja,nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripda Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memafkannya.’

Umat Islam di Malaysia, kami mengharapkan saudara bersikap proaktif. Kami hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD1 (bersamaan RM3.60) setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapkan saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu.Kami juga berharap agar saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin.’

‘Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al Aqsa suatu hari nanti.Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.

Allahuakbar !

Saudaramu,

Khalil Ismail Al Hayya,

Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin.


 

 


 
 

Sunday 16 October 2011

PALESTIN MILIK ALLAH


  

Sejak puluhan tahun yang lampau bumi itu tidak pernah aman. Bumi  itu tidak pernah sunyi daripada bedilan-bedilan roket,bom dan tembakan yang memecahkan gegendang telinga yang mendengar. Bumi itu jugalah yang telah menyaksikan betapa ramainya pejuang – pejuang agama  ALLAH telah syahid di jalanNYA.Sehingga hari ini, kita tetap menyaksikan betapa rakyat palestin tidak pernah menyerah kalah. Mereka  tidak pernah tunduk  pada kemahuan dan kekejaman penjajah yang  terus  terusan berusaha untuk memiliki kota suci itu.
    
     
                            Pada dasarnya,isu Negara  Palestin merupakan  satu isu yang mana seluruh umat Islam perlu ambil peduli.Namun hakikatnya, isu ini merupakan isu kemanusiaan,kerana jenayah yang dilakukan Israel,merupakan jenayah dunia yang telah meragut hak-hak asasi kemanusiaan di Negara tersebut. Buktinya, Rachel  Corrie  seorang aktivis kemanusiaan telah terkorban dalam misinya sewaktu mempertahankan rumah-rumah rakyat Palestin daripada dimusnahkan oleh rejim Zionist. Namun demikian, darah yang mengalir di bumi israk dan mikhraj itu,sebenarnya telah menyuntik semangat jihad umat islam di seluruh dunia.

     Palestina, Al Quds dan Masjidil Al Aqsa  sesungguhnya  berada  di  kedudukan  dan  tempat  yang  terhormat  di  hati  umat  Islam  di  seluruh  dunia.  Islam telah  menempatkan  Al  Aqsa  melalui  ayat- ayat  Al Quran  dengan  menyebutkan  ianya  sebagai  negeri  yang  penuh  barakah  dan  suci.

Dalam  firman ALLAH swt ; Maha  suci ALLAH  yang  telah  memperjalan kan  hambaNYA  di malam hari  dari  masjidil Haram  ke  masjidil Aqsa  yang telah  kami  berkati.  ( Al isra’:1 )

Gelombang  masyarakat  dunia  terhadap  perjuangan  rakyat  palestin  tidak  dapat  di bendung  lagi. Cuba  lihat di UK, hasil demo  tiap-tiap  hari, menteri  luar nya  David  Miliband  telah  mengeluar kan  kenyataan  yang  agak  luar  biasa  dengan  mengutuk serangan  Israel. Inilah yang perlu kita perjuangkan. Bukan setakat  meletakkan  harapan  terhadap  badan- badan  pertubahan  dunia, seperti  OIC  yang hanya  bertindak dengan  sikap ‘ Oh I See…’…


Taqabbalallahu minna wa minkum..salam kita adalah salam perjuangan, takbir kita adalah takbir kemenangan, takdir kita adalah untuk berubah..


Disediakan Oleh : Nor Syahirah Binti Al-Fateh

Sunday 9 October 2011

Puisi: BERITA DARI JALUR GAZA







Lihat bayi ini...


Ibunya mati syahid  ditembak tentera Israel Laknatullah...


Tembus hingga ke janin...


Al-FATIHAH.


Ukhti-ukhti Rahimakumullah…
Ratusan saudara-saudara kita di Palestina telah meregang nyawa
Diantara mereka banyak para syuhada
Israel semakin brutal, bengis, keji dan tidak memiliki sifat insani lagi
Perempuan-perempuan dibunuh
Anak-anak muslim dibantai
Bayi-bayi dihabisi
Mereka memang inginkan musnahnya seluruh penduduk negeri
Atau terusirnya umat Islam dari bumi para nabi
Tapi saudara-saudara kita tetap bertahan di jalur gaza
Mereka hadapkan dada mereka menantang dengan berani
Mengangkat senjata yang ada
Dengan amunisi sekedarnya
Batu-batu serta air mata
Air mata yang menetes telah bercampur darah
Namun itu bukan tangisan ketakutan
Bukan tangisan kegentaran
Inilah Tangisan jihad
Dengan luapan hati yang rindu
Pada Syurga ketika mereka tetap mempertahankan
Bumi yang dititipkan pada umat Islam
Diserahkan oleh Severinus, uskup pemegang kunci Baitul Maqdis
Kepada Amirul Mukminin Umar bin Khaththab ra
Penerus dan Pewaris Perjuangan Rasulullah SAW
Kunci-kunci Baitul Maqdis
Bumi al Aqsha
Tanah Yerusalem
Telah menjadi kehormatan dan harga diri Kaum Muslimin
Namun saat ini telah dirampas
Dan diinjak-injak kesuciannya
Oleh Zionis Israel
Di bawah perlindungan Amerika Serikat
Dibentengi oleh Dewan Keamanan Perserikatan Bangsa-bangsa
Dipagari oleh pemimpin-pemimpin Arab Pengkhianat
Didiamkan oleh kepala negara-kepala negara Pengecut
Ukhti-ukhti Rahimakumullah …
Israel telah dikuasai Iblis
Dikerumuni segerombolan setan-setan
Bumi Palestina mengepulkan debu
Penuh asap mesiu
Api berkobar, ledakan dimana-mana
Lantas kemana saudara-saudara kita mencari tempat yang aman?
Anak-anak telah dijauhkan dari Masjid-masjid
Karena roket-roket Israel meratakannya dengan tanah
Namun Israel mengejar dan menghabisi anak-anak ini
Hingga ke sekolah-sekolah, ke madrasah-madrasah
Dan rumah sakit khusus untuk bayi dan anak-anak
Ukhti-ukhti Rahimakumullah …
Tak pantas lagi jalan diplomasi
Untuk Zionis Israel berhati keji, Yang sudah tak bisa lagi diajak berkomunikasi
Maka kebohongan besar bagi mereka yang menyerukan Jihad Diplomasi
Kejam bagi mereka yang menyerukan perdamaian
Bengis bagi mereka yang menyerukan rekonsiliasi
Pengecut bagi yang hanya bisa diam
Tak akan pernah ada damai dengan sekumpulan setan manusia!!
Tak ada kesepakatan bagi para penjahat-penjahat dunia!!
Tak ada lagi kompromi untuk saat ini untuk hancurkan HAM dan Demokrasi!!
Karena hanya menjadi topeng-topeng untuk memperbudak manusia
Membuka peluang bagi Israel
Yang lekat dengan karakter pelanggar perjanjian!!
Membuka kesempatan bagi kaum zionis
melakukan genoside!!
Dan merampas tanah-tanah yang telah dimuliakan Islam
Ukhti-ukhti saudariku
Dengarlah dan lihatlah …..
Penderitaan, jeritan, rintihan, teriakan kesakitan
Rasakanlah …..
Apa yang saudara-saudara kita di Palestina rasakan
Dengarlah …..
seolah kita mendengar apa yang mereka dengar
Lihatlah ….
Seolah tergambar apa yang terpampang di hadapan mereka
Setiap saat perang berkobar
Hujan peluru dimana-mana
Tak ada lagi damai di hati
Tak ada lagi jeda untuk nafas terhela
Saksikan…
anak-anak kita yang duduk-duduk menanti
Barangkali sebentar lagi mereka sudah tak ada lagi
Dekap, peluk dan ciumi bayi-bayi tercinta…
Barangkali nanti nyawa mereka pergi
Pandangi anak-anak muda remaja dan suami-suami kita…
Para Mujahid yang siap bergerak berjuang
Barangkali inilah perjumpaan terakhir
Kita yang mati atau mereka yang tak bernyawa lagi
Yakini, kuatkan hati…
Dunia hanyalah fana
Nantikan perjumpaan yang abadi
Di akhirat, Jannah yang telah dijanjikan
Tempat indah pertemuan para pejuang
Tempat abadi berkumpulnya keluarga-keluarga Mujahid
Ukhti-ukhti Rahimakumullah…
Israel sudah tak menyisakan hati lagi
Bumi Palestina telah pekat dengan derita
Tak ada air bersih
Bahan makanan habis
Rumput, tanaman, roti basi semua sudah menjadi konsumsi sehari-hari
Rumah-rumah keluarga muslim sudah dibumihanguskan
Masjid-masjid diluluh lantakkan
Rumah sakit-rumah sakit hancur
Obat-obatan tak ada lagi
Setiap saat tangan-tangan terangkat menjempul ajal
Meregang nyawa, merintih dan mengucap
Laa ilaaha illa ALLAH
Muhammadur Rasulullah ….
Kami akan tetap pertahankan
Bumi Palestina hingga titik darah penghabisan…
Saudariku mereka memanggil …
Dimana saudara-saudara kami umat Islam?
Dimana pemimpin-pemimpin kami?
Kemanakah mereka?
Di mana muslim Indonesia?
Ukhti-Ukhti, saudariku Rahimakumullah
Darah telah membanjiri gaza
Tertumpah di tanah para Anbiya
Meresaplah wahai darah-darah Syuhada
Tebarkan aroma harum Syurga
Yang akan memanggil kita untuk berjuang
Membangkitkan kesadaran kita
Menguatkan langkah-langkah kita
Untuk tergabung dalam barisan Pejuang
Menyatukan umat
Menyatukan kekuatan
Menyatukan barisan
Hanya Khilafah yang akan menyatukan kita semua
Hanya Khilafah yang akan merekatkan barisan kita semua
Hanya Khilafah yang akan serukan Jihad kepada seluruh kaum muslimin
Kepada siapapun yang masih mengaku muslim
Khilafah dan Jihad
Jihad dan Khilafah
Keduanya adalah ruh yang satu
Ruh Kaum Muslimin
Ruh untuk melanjutkan kehidupan Islam
Ruh untuk meninggikan kemuliaan Islam
Ruh yang akan menghabisi Israel sehabis-habisnya!
Innamal Imaamu Junnah
Yuqaatalu miw waraa’ihi
Wa Yuttaqa
Sesungguhnya seorang Imam, seorang Khalifah laksana perisai
Rakyat berperang di belakangnya
Rakyat berlindung kepadanya
…Watakuunu Khilafah ’alaa Minhajin Nubuwwah
…Watakuunu Khilafah ’alaa Minhajin Nubuwwah
Akan tegak Khilafah di atas jalan kenabian
Akan tegak Khilafah di atas jalan kenabian
Ya Allah jadikanlah peristiwa ini menumbuhkan kekuatan para Pejuang Khilafah
Jadikan Tanah Syam sebagaimana dalam salah satu Sabda NabiMu
Yakni cikal bakal bangkitnya Khilafah
Ya Allah jadikanlah kami
Kaum Muslimin Indonesia
Kaum Muslimin di tanah Syam
Menjadi satu kekuatan
Jadikanlah kami
Kaum Muslimin Iraq
Kaum Muslimin Iran
Kaum Muslimin Turki
Kaum Muslimin Sudan
Kaum Muslimin Yordan
Kaum Muslimin Mesir
Kaum Muslimin Pakistan
Dan Kaum Muslimin di seluruh Dunia
Menjadi satu kekuatan
Ya Allah Jadikanlah kami Satu Kekuatan Dahsyat
Ya Allah Jadikanlah kami Satu Kekuatan Dahsyat
Ya Allah Jadikanlah kami Satu Kekuatan Dahsyat
Yang akan menegakkan Khilafah Rasyidah
Di atas Jalan kenabian
Yang akan mampu menghancurkan Israel sebagai Janji NabiMu
Sehancur-hancurnya!!
Hingga pepohonan dan batu-batu pun berkata
Ini Israel ada di baliknya
Hancurkanlah dia
Wahai Allah Yang Maha Besar dan Maha Perkasa
Wahai Allah Yang Maha Hidup dan Menghidupkan
Wahai Allah Yang Maha Menguasai dan Menghendaki segala sesuatu
Turunkan ribuan malaikatMu
Menaungi bumi Palestina
Menyambut ruh-ruh mulia para Mujahid
Hidupkanlah mereka
Di dalam hati dan jiwa
Jadikanlah setiap tetes darah mujahid
Mengalir dalam aliran darah-darah kami
Wahai Allah Yang Maha Besar dan Maha Perkasa
Wahai Allah Yang Maha Hidup dan Menghidupkan
Wahai Allah Yang Maha Menguasai dan Menghendaki segala sesuatu
Datangkanlah tentara-tentara malaikatMu
Menguatkan jiwa kami
Menguatkan jihad kami
Membalut hati kami dengan bening keihklasan
Meraih kemenangan
Menegakkan Khilafah
Menghabisi Zionis Israel, Amerika dan sekutunya
Atau menyambut kematian dengan Syahid di JalanMu
Ya Rabbi yang Maha Tinggi
Wahai Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Yang Maha Mengabulkan doa
Berikanlah kami kekuatan…
Berikanlah kami kesadaran…
Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang yang menolong agamaMU
Jadikanlah kami Mujahid di JalanMu
Amiin yaa rabbal ’alaamiin
 




Judul Puisi: BERITA DARI JALUR GAZA | 
Penulis: Lathifah Musa 

Sunday 2 October 2011

Kemerdekaan Hakiki dan Pembebasan Palestin Hanya Dengan Khilafah ?



Ketika Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bersedia untuk mengemukakan permohonan pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat, dua per tiga anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah menyokong usaha berkenaan.

Delegasi Palestin menyatakan sebanyak 129 negara sudah memberikan sokongan kepada Palestin, lapor saluran televisyen, Al Jazeera.

Keadaan itu membawa makna Palestin menerima sokongan dua pertiga majoriti di Perhimpunan Agung PBB di mana Palestin boleh memilih untuk mendapatkan status bukan anggota dalam badan dunia itu.

''Pada peringkat ini, Palestin boleh ke Majlis Keselamatan PBB di mana Abbas menyerahkan permohonan berkenaan kepada Setiausaha Agung PBB,'' lapor Al Jazeera.


Perlukah Umat Mengharap Pada PBB?

Kemerdekaan Palestin dan menjadi Keahlian PBB adalah berita yang akhir-akhir ini cukup hangat berkaitan persoalan Palestin. Banyak Negara baik di Asia dan Eropah dan dari benua Amerika yang menyatakan pengiktirafan dan sokongan bagi kemerdekaan Palestin dan sokongan akan bergabungnya Palestin menjadi sebahagian daripada ahli tetap dewan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti negara Turki, Mesir, China, India, Indonesia, Pakistan , Jerman, Perancis, Russia, Chile, dan Inggeris.

Inggeris menjadi negara yang terang-terangan menyokong langkah Palestin ini, walaupun bukan menyokong keanggotan di DK PBB, melainkan menyokong sebagai anggota tidak tetap PBB. Dan Negara yang menolak adalah dua negara yang sudah tidak asing lagi iaitu Amerika dan Israel itu sendiri. Mereka mengatakan kedaulatan baru akan diberikan melalui rundingan damai dengan Israel.

Sesungguhnya persoalan Palestin adalah satu di antara persoalan umat Islam tatkala lenyapnya institusi politik umat Islam yakni system khilafah yang di hapuskan oleh seorang pengkhianat, musuh Islam dan seorang yang murtad iaitu Mustafa Kamal Ataturk. Sehingga ketika khilafah terakhir di Turki tersebut di hapus, maka mulailah umat Islam menderita berbagai macam kehinaan dari pelbagai bidang termasuk di pecah-pecakkannya kaum muslim menjadi beberapa negeri termasuk negeri Palestin.


Kemerdekaan Hakiki dan Pembebasan Palestin Hanya Dengan Khilafah?

Sebagaimana yang telah dihuraikan di atas bahawa persoalan Palestin adalah satu di antara persoalan yang mendera umat Islam tatkala sistem pemerintahan Khilafah di bubarkan pada 3 Mac 1924.

Oleh kerana itu hanya Khilafahlah yang dapat melindungi kehormatan Islam dan kaum muslimin, menjaga sempadan negeri-negeri Islam, menyatukan kekuatan umat Islam dan mengumandangkan Jihad Fi Sabilillah melawan negara-negara kafir seperti Israel dan mengusir mereka dengan penuh kehinaan dari tanah-tanah kaum muslimin.

Sungguh tepat sekali ungkapan ketika menggambarkan Khilafah ini dengan gambaran yang sangat tepat kerana Daulah Khilafah adalah penjaga Islam, dan apa yang selalu disekelilingnya, dengannya, agama akan terjaga, dan Islam pun akan dilindungi.

Hudud akan boleh ditegakkan. Pelbagai kejahatan akan boleh dicegah. Dengannya batas sempadan akan boleh dijaga. Wilayah Islam yang dilindungi akan tetap terjaga, dan tidak akan diperangi.

Namun, "penjaga Islam" ini telah ditinggalkan oleh kaum Muslim, seiring dengan terpisahnya mereka dengan negara Khilafah, yang telah runtuh pada tarikh 28 Rejab 1342 H, bertepatan dengan tarikh 3 Mac 1924 M di tangan seorang Yahudi, Freemason, Mustafa Kamal Attaturk, tali barut inggeris.

Dengan menyingkirkan pemerintahan Islam, mengusir khalifah dan keluarga 'Uthmani untuk meninggalkan ibu kota Istanbul dengan arahan dan sokongan penjajah Inggeris-Kafir.

Semuanya itu untuk melaksanakan apa yang ditetapkan oleh Menteri Luar Inggeris ketika itu, Lord Curzon, sebagai keperluan busuk yang ditetapkan kepada bangsa Turki dalam Persidangan Lausanne, yang dipenuhi kebusukan.

Setelah menandatangani Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1923, tentera Inggeris meninggalkan Istanbul dan Madzahiq.

Dengan bangga, Curzon menyatakan di depan Parlimen iggeris ketika itu, "Turki telah dihancurkan, dan tidak akan pernah bisa bangkit kembali, kerana kita telah menghancurkan kekuatan moralnya, iaitu Khilafah dan Islam.

Dan sesungguhnya berita tentang kebinasaan kaum yahudi tersebut kelak akan terbukti. Rasulullah bersabda:
عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي
من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله إلا الغرقد فإنه من شجر اليهود

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga kaum muslim memerangi Yahudi. Maka kaum muslim memerangi mereka sehingga mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Namun batu atau pohon itu berkata: Ya muslim, ya Abdullah ini Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah dia kecuali pohon gharqad kerana ia adalah pohonnya orang Yahudi. (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
 
Sumber :
http://www.arrayah.info