Al Aqsa dihati :

Adalah suatu kewajipan jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam- Syeikh Yusof Al Qardhawi

Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”

Saturday 22 May 2010

Konvoi ke Gaza berlepas dari Pelabuhan Turki


TERKINI : 3 buah kapal dari konvoi laut yang menuju ke Gaza telah berlepas dari pelabuhan Turki pada jam 2.55 petang/waktu Mesir. 6 buah kapal lagi dari Greek, Ireland, Algeria dan Britain.

Menurut sumber lain (safa.ps), 3 kapal dari Turki sedang menuju ke kepulauan Cyprus sementara menanti 6 buah lagi kapal tiba di situ. Dijadualkan, hari rabu akan datang(27/05), konvoi yang membentuk armada laut akan bertolak ke Gaza.

Manakala, pihak yang turut serta dalam konvoi itu terdiri daripada aktivis-aktivis dari pertubuhan antarabangsa, ahli-ahli politik dan wakil-wakil media yang membuat liputan.

Dari pihak Israel pula telah memberikan ancaman kepada konvoi laut agar dapat menghalang dari sampai ke Gaza. Sebagaimana yang dinyatakan, Israel mengancam dari dua 

sudut:
 1) Diplomasi
2) Ancaman 'mengebom'

Sumber: 

Ringankan Beban,Kembalikan Senyuman

Oleh : NAJIAH Abdol Rauh


ZAGAZIG,  1  Mei  -  Unit Kempen Prihatin Palestin (KPP) di bawah Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2010/2011 telah menganjurkan Program Kutipan Perdana.Kutipan perdana ini dilaksanakan sebagai intensif terakhir kutipan sebelum penangguhan KPP sempena musim peperiksaan. Program ini beroperasi selama 7 hari bermula pada 24 April 2010 sehingga 1 Mei 2010 yang melibatkan semua pelajar Kuliah Perubatan, Kuliah Farmasi dan pelajar Kuliah Pengajian Islam Universiti Al-Azhar di Zagazig.

Sebagai menambah lagi pengetahuan mengenai Palestin,dua artikel telah diedarkan sepanjang program ke setiap rumah.Turut disertakan artikel dan video ‘trailer’ program di dalam blog KPP.Di samping itu,program ini juga mengadakan jualan makanan “Food for Us, Food for Gaza” yang berkonsep ‘membeli sambil menderma’ seperti Nasi Lemak, Pau, Karipap, Ayam Masak Merah, Ikan Masak Kicap, Nasi Ayam Gaza dan Nasi Ayam Paprik bagi menambah kutipan.

Hari Kutipan Perdana pula dilaksanakan pada hari Selasa bersamaan 27 April 2010.Penerangan oleh AJK pelaksana mengenai program ini turut menekankan kesedaran daripada setiap ahli tentang kepentingan menyumbang kepada rakyat Palestin secara total. Sambutan yang agak menggalakkan dari setiap ahli turut diterima. 

Keuntungan dari jualan makanan berjumlah LE 2346.Keseluruhan kutipan yang berjaya dikumpul dianggarkan berjumlah USD 2254.

Dengan berakhirnya jualan makanan makan malam pada 29 April 2010, maka berakhirlah program Kutipan Perdana Kempen Prihatin Palestin. Program ini berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupun dalam keadaan masa yang singkat dan tenaga kerja yang tidak mencukupi. Semoga usaha yang sedikit ini mampu meringankan beban serta mengembalikan senyuman saudara kita di Palestin.

Monday 17 May 2010

Israel warns against Gaza flotilla



 
A senior Israeli official has warned activists planning to break a naval blockade of Gaza later this month that their flotilla of cargo ships and passenger boats will be stopped.
Naor Gilon, a deputy director general at the foreign ministry, said on Monday that the action would be a "provocation and breach of Israeli law".
An international coalition of pro-Palestinian activists aim to send eight vessels carrying 5,000 tonnes of reconstruction materials, school supplies and medical equipment to Gaza.

Representatives from six organisations, including the European Campaign to End the Siege in Gaza (EGESG), said on Monday that they were determined to enter the area regardless of pressure from Israel.

"Israel should not be under any illusion whatsoever that their threats or intimidation will stop us or even that their violence against us will stop us," Huwaida Arraf, from the Free Gaza Movement, said.
Kahel Mazen, from EGESG, added: "If they [the Israelis] choose to resort to destruction and death, our mission is to try to open a window of hope for the people of Gaza."




Sumber: 
17 Mei, Aljazeera Web News