Friday, 10 December 2010

Erdogan : Israel mesti meminta maaf sebelum dimaafkan

Disediakan oleh: M.FARHAN AHMAT MURTZA


Jumaat , 10/12/2010 - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pada hari Ahad (5 Disember) lalu, bahawa hubungan Turki tidak akan berbaik dengan Zionis selagi entiti itu belum, “membersihkan Laut Mediterranean daripada darah 9 Turki” yang syahid dalam serangan Zionis ke atas Freedom Flotilla dalam perjalanan ke Gaza.
  
Erdogan berkata : “Turki mahu Israel meminta maaf dan mengganti rugi atas apa yang telah berlaku pada 31 Mei lepas.”

Tambah Erdogan dalam ucapannya di tengah bandar Sivas : “kita akan menyelak lembaran baru, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak perlu meminta maaf dan membayar ganti.”


              http://www.palestine-info.info/ar/

1 comment:

  1. JGN CABAR TURKI..ANTARA KUASA BESAR JGK TU..

    ReplyDelete